top of page
Search
Writer's pictureZaky Jaafar

Sejarah The Architectural Association (Bahagian 3)

Artikel ini adalah bahagian terakhir dari terjemahan dan adaptasi dari artikel “The Architectural Assocation” yang ditulis oleh Alan Balfour dalam “Educating Architects”, Academy Editions 1995. (Bahagian satu di sini) Oleh Alan Balfour

Sumber Foto: https://www.facebook.com/ArchitecturalAssociation/

Yang menjadi asas pendekatan ini adalah kesedaran radikal dan politikal bahawa imaginasi seorang arkitek adalah juga adalah hak milik individu dan pengalaman sendiri selain dari apa jua kehendak luaran yang perlu dia patuhi. Menurut Kerr:

“Tiada sebarang bentuk pembelajaran yang sempurna sehinggalah murid itu menjadi pelajar yang mendidik diri sendiri, belajar, berfikir dan berhujah sendiri. The Architectural Association telah mengekalkan agenda ini sehingga ke hari ini.”

Tidak seperti AA, sekolah senibina yang lain di dunia adalah ejen kerajaan dan di kebanyakan negara, mana2 segelintir sekolah yang bersifat persendirian harus pula akur dengan kawalan pengendalian program dibawah telunjuk profession itu sendiri.


Terlahirnya kesatuan ekonomi Eropah diiringi, secara paradoks, dengan desakan agresif nasionalisme. Cuba perhatikan sebagai contoh negara2 yang baharu bebas dari Russia, - Hungary Poland, Romania – di mana senibina dilihat sebagai cara yang paling ampuh untuk mengembalikan dan menggambarkan identiti nasional. Pelajar2 digalakkan untuk menggali semula misteri silam, iaitu dengan membayangkan objek2 yang secara tidak langsung menonjolkan perbezaan bangsa dan suku. Walaupun niatnya baik, kejelekan mungkin hidup kembali. Desakan sebegini, iaitu untuk mewarna masa depan berdasarkan identiti nasional, bukanlah semata2 lahir dari politik konservatif. Senibina baharu Barcelona yang bersemangat, rasionalisme Berne, emosionalisme Graz, semuanya dibincangkan dari perspektif ciri2 dan semangat kedaerahan (regionalisme), dan bukannya sebagai evolusi kesinambungan modernisme. 'Regionalisme berkritik' pada asalnya kelihatan seperti cadangan yang jinak, namun ternyata sekarang mempunyai subtext yang licik.


Ia tiada kaitan dengan citarasa ataupun untuk mencapai kestabilan sosial melalui struktur pengaruh kuasa dari senibina silam. Bentuk2 sebegini mungkin mengandungi segala kemarahan tentang keadilan yang tidak tertegak, dan kegagalan untuk mencari bentuk senibina yang sah yang mampu mengukuhkan nuansa yang berbilang dari gerakan liberal boleh menyebabkan bencana. Senibina perlu berdiri kukuh di tengah2 ribut realiti yang bergasak yang akan semakin mengkucarkacirkan masa depan. Tidak boleh semata2 mengharapkan media massa, dan untuk membina tamadun masakini semata2 berdasarkan masa silam hanya akan mengiyakan kehancuran masa depan.


Terjemahan: Zaky Jaafar

41 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page