top of page
Search
Writer's pictureZaky Jaafar

Sejarah The Architectural Association (Bahagian 1)

Updated: Mar 27, 2021


https://www.azuremagazine.com/wp-content/uploads/2017/10/architectural-association-school-architecture.jpg
The Architectural Association. (Sumber: azuremagazine.com)

Artikel ini adalah terjemahan dan adaptasi dari artikel “The Architectural Assocation” yang ditulis oleh Alan Balfour dalam “Educating Architects”, Academy Editions 1995. Oleh Alan Balfour

The Architectural Association adalah salah sebuah sekolah pengajian senibina yang tersohor di Britain pada kurun ke 19. Ia diasaskan hampir 150 tahun dahulu untuk merubah secara radikal pendidikan arkitek. Ia diasaskan dengan wawasan agar ia benar2 merdeka dan kendiri, bebas dari pengaruh kerajaan, dan menjadikan imaginasi individu sebagai tumpuan utama.

Prinsip asasnya boleh diterjemahkan sebagai menyediakan, dalam sebuah masyarakat yang sentiasa maju kehadapan, individu yang mempunyai minda tersendiri, dan tidak semata2 ditentukan oleh negara. Konsep ini, masih merupakan tumpuan sekolah ini (sekurang2nya semasa artikel ini ditulis, iaitu pertengahan 1990an), yang mana tugas yang paling utama ialah:

The cultivation within the individual imagination of what might be called landscapes of desire: visions of the future grounded in a clear strong sense of architecture as a noble embodiment of liberty, coupled with the competence and the will to build”.

Iaitu “penyuburan imaginasi individu, tentang apa yang mungkin boleh dipanggil lanskap keinginan: wawasan masa depan yang berpaksikan suatu prinsip senibina yang kukuh dan jelas sebagai suatu penzahiran kebebasan, digabungkan dengan kemampuan dan keinginan untuk membina”.

AA, dalam tempoh 40 tahun sejak dari penubuhannya, mempunyai kesan hubungan terus dengan perubahan budaya secara global, kerana sekolah ini sendiri adalah pusat revolusi liberal yang melanda eropah pada tahun 60an. Warren Chalk, Dennis Crompton, David greene, bersama2 dengan rakan seperjuangan Cook dan Herron, menjadikan AA sebagai tumpuan mengujakan bagi Archigram. Tidak kurang berpengaruh, secara politik dan professional, adalah graduan generasi awal, Michael Hopkins, Richard Rogers dan Nicholas Grimshaw. Sesudah kebangkitan pekerja/pelajar pada tahun 1968 di Paris, ramai arkitek muda eropah dan lain2nya tercari2 suasana, sebuah sekolah yang menjanjikan realiti yang radikal yang dapat dibangunkan dan dilaksanakan. Justru, Schumi, Koolhas, Boyarsky dan terkemudian, Krier dan Liberskind, bahkan ramai lagi, tertumpu pada AA sebagai satu2nya institusi yang mampu memberikan impian yang provokatif dan penawar bagi kekecewaan pasca revolusi. Sekolah ini mengekalkan hubungan yang bersifat reflektif dan terbuka pada cita2 mereka yang mencari perubahan yang progresif.


Tiga bahagian utama AA, Sekolah pertengahan, Sekolah Diploma dan sekolah siswazah, mengekalkan semua aspek agenda liberal radikal yang menjadi asas penubuhannya. Selain dari menyediakan asas yang luas dalam sejarah, teori dan teknologi, sekolah ini tiada kurikulum tertentu. Setiap pelajar mesti memilih secara kritikal unit rekabentuknya sendiri, yang mana didalamnya dia sendiri bertanggungjawab membentuk program pembelajaran individu berpandukan seminar dan kuliah yang banyak tersedia. Juga sejak dari awal, sekolah ini tidak mempunyai pensyarah yang tetap, kesemua jawatan pensyarah diperbaharui setiap tahun, membolehkan sekolah ini sentiasa beradaptasi dan ditatar agar halatuju program ini dapat diubahsuai hubungannya dengan senibina. Pensyarah dipilih bukan hanya atas dasar semangatnya terhadap pemikiran progresif, tetapi juga untuk mengisi bidang pembelajaran senibina yang luas dan berbagai. (Bersambung..)


127 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page