top of page
Search
  • Writer's pictureZaky Jaafar

SENIBINA BARAT: SENIBINA KLASIK

Updated: Jan 20, 2021

Dalam perbahasan senibina barat, ia biasanya bermula dengan perbincangan tentang senibina klasik. Artikel ini akan melihat sejarah dan perkembangan senibina klasik ataupun classical architecture.


Senibina klasik secara kasarnya dimaksudkan senibina yang berasaskan prinsip senibina klasik yunani dan romawi. Secara khususnya ia dirujuk kepada prinsip senibina yang ditulis oleh seorang pengkaji senibina yunani bernama Vitruvius. Vitruvius merupakan seorang penulis, arkitek, jurutera yunani yang hidup dalam kurun terakhir sebelum masihi. Wacana senibinanya ditulis di dalam buku De Architectura yang terdiri dari beberapa jilid.


Buku De Architectura yang ditulis sekitar 40 tahun SM, menekankan aspek rekabentuk dari segi perkadaran ukuran (proportion), dan keharmonian visual. Ia juga menekankan tiga prinsip asas senibina iaitu, Venustas (keindahan), firmitas (kekukuhan) dan Utilitas (kegunaan). Secara ringkasnya, senibina mestilah mempunyai ciri2 binaan yang indah, kukuh dan selamat serta berguna kepada manusia.


Vitruvius bukanlah arkitek asal senibina klasik, namun dia berusaha menulis tentang prinsip2nya. Sumber2 rujukannya merupakan senibina tamadun Yunani yang dihasilkan sebelumnya. Senibina ini telah wujud ratusan tahun sebelum kelahiran Vitruvius lagi. Antara contoh yang paling masyhur ialah senibina yang terdapat di sebuah acropolis di Athen, Greece. Acropolis adalah kota pertahanan dan keugamaan di zaman Yunani. Acropolis di Athen ialah yang paling Masyhur. Dan bangunan yang sering menjadi rujukan senibina klasik ialah Parthenon. (gambar 1)

Gambar 1- Parthenon di Acroplis, Athen (Sumber foto: wikipedia)

Parthenon dibina pada tahun 437 SM dan merupakan kuil untuk Dewi Athena, salah satu dari dewa2 sembahan orang yunani purba. Pada kuil ini terdapat ciri2 senibina klasik yang diutarakan oleh Vitruvius. Antara ciri2 yang ada ialah ia dibina dari marmar atau batu yang tahan lama. Prinsip simetri harmoni dan perkadaran ukuran menjadi ciri utama bangunan ini, yang turut menjadi prinsip asas kebanyakan senibina klasik. Hiasan ukiran tiangnya adalah berasaskan aturan Doric, iaitu salah satu dari tiga aturan klasik yang diutrakan vitruvius. (aturan yang lain adalah Ionic dan Corinthian). Perbezaan ketiga2 aturan ini dijelaskan di dalam buku De Architecture oleh Vitrivius (Gambar 2). Tamadun Romawi pula menambah dua lagi aturan iaitu aturan Tuscan dan Komposit.


Gambar 2 : Aturan Klasik Doric, Ionic dan Corinthian (Sumber foto:https://www.thoughtco.com/)

Satu lagi ciri utama Parthenon ialah penggunaan kadaran ukuran yang berasaskan keharmonian ukuran yang dipercayai mempunyai nilai kecantikan yang hakiki. Ada yang mengaitkan kadar ukurannya dengan "Golden Ratio" iaitu perkadaran matematik yang dihasilkan oleh seorang ahli matematik yunani yang bernama Pythagoras. Namun ianya tidak dapat dibuktikan secara jelas. Apa yang pasti ialah Parthenon sering dilambangkan sebagai kemuncak keindahan senibina klasik.


Senibina klasik Romawi yang paling terkenal ialah Colosseum yang dibina pada tahun 80 Masihi. (Gambar 4). Antara ciri2 yang paling ketara ialah adanya ukiran tiang yang muncul secara separa pada permukaan dinding luarnya. Rekaan ini digelar Pillasters. Rekabentuk pillasters yang digunakan terdiri dari ketiga2 aturan klasik iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Ciri2 ini seterusnya menjadi ikutan bagi semua aliran senibina klasik di Eropah.


Gambar 3- Colosseum, Rome. (Sumber foto: Wikipedia)

Selepas kejatuhan empayar Rom pada kurun ke 5 Masihi, senibina klasik tidak lagi menjadi gaya utama dalam senibina di Eropah. Namun ia mendapat nafas baharu semasa Era Carongilian renaissance, iaitu sekitar kurun ke 8 dan kurun ke 9 Masihi. Namun ia menjadi popular semula semsa era Rennaissance Itali (kururn ke 14M-17M). Antara contoh yang paling popular ialah hasil rekaan Leon Battista Alberti, iaitu Santa Maria Novella, sebuah gereja di Itali. (Gambar 4) Disiapkan pada tahun 1470M, ianya bukanlah merupakan replika sepenuhnya mana2 bangunan Yunani mahupun Romawi, tapi ia menggunakan prinsip2 Senibina Klasik dengan Kemas. Ianya masih mengekalkan keharmonian ukuran dan simetri. Penggunaan Pillasters, Cornices juga menunjukkan ciri2 yang sering menjadi simbol senibina klasik. Yang menariknya pada bangunan ini ialah ia juga menggabungkan ciri2 senibina Romanesque, Gothic dan Renaissance.


By No machine-readable author provided. JoJan assumed (based on copyright claims). - No machine-readable source provided. Own work assumed (based on copyright claims)., CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=409060
Santa Maria Novella, Florence, Itali. (1470) Sumber foto: commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=409060

Seterusnya ia dibangkitkan semula dalam era Neo Classical (Klasik Baharu) pada sekitar kurun ke 18 sehinggalah ke era Moden. Ia masih menjadi pilihan sebahagian arkitek sehingga hke hari ini.


Rujukan:


51 views0 comments
bottom of page