Perbincangan ini bermula apa bila saya tanyakan soalan berikut di dalam suatu grup whatsapp:
"Just wondering, is it just me or architectural education now doesnt have the same feel as when we were going through it years back?"
26/7/2021
Ahli akademik 1: Not only you Bro.
I believe all feel the same
The rigour of studying and learning architecture has mellowed down due to multifactoral issue
One of it that Can be clearly identified is every universities going for research status - ada baik dan buruknya lah
The no of UG students has to reduce and with the increase no of PG keeps the aducators busy with KPI
Ahli akademik 2:
Samalah di sini Dr Z. Kalau bidang seni bina telah ‘dimandulkan’ seperti yang pernah Dr katakan satu ketika dulu, pedagogi pendidikan seni bina dah tak boleh dilaksanakan seperti yang kita amalkan 10 tahun lepas yang mana kita masih amalkan sampai sekarang. KPI pensyarah bukan sahaja motivasi kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab tetapi juga justifikasi kenapa kita perlu bekerja dengan cara tertentu. Kalau dulu KPI kita disandarkan lebih kepada pengajaran, kita rasa puas hati dan bangga apabila dapat mencurahkan ilmu kpd pelajar undergard kita dalam sesi studio dan kelas yang panjang. Sekarang bila kita buat sedemikian kita akan rasa bersalah kerana hasrat universiti atau majikan kita adalah agar kita lebihkan masa dan fokus kpd penyelidikan bukan lagi kepada pendidikan undergrad. Jadi bila kita masih fokus kpd studio dan pengajaran undergrad dan melebihkan aspek ini daripada penyelidikan, our KPI akan jatuh … kita jadi incompetent pada kaca mata universiti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh mereka sedangkan kita fikir inilah cara terbaik dan juga tanggungjawab kita kepada pelajar dan juga profession seni bina. Maka tercetuslah dilemma dan persoalan, apakah kita patut adjust halatuju pendidikan seni bina agar selaras dengan kehendak universiti penyelidikan atau kita perlu terus ‘menentang arus’ untuk menghasilkan apa yang kita fikirkan terbaik untuk pelajar dan profession seni bina.
==========////==≈======
Artikel ini akan ditambah dari masa ke semasa.
Comments