top of page
Search
  • Writer's pictureZaky Jaafar

Ketahui Perbezaan Hartanah Kediaman dan Hartanah Kediaman Komersil

Updated: Sep 18, 2023


Montana SOVO Suite (Sumber: KL Property Talk)

Sektor perumahan negara semakin versatil dengan kehadiran produk baharu di pasaran. Revolusi digital dan COvid 19 telah memacu dunia kearah gayahidup yang lebih versatil, dimana kita boleh bekerja dari mana sahaja. Sektor pembangunan perumahan kini menyedari bahawa masyarakat memerlukan konsep kediaman yang boleh juga menjadi tempat pekerjaan. Oleh itu, kita perlu tahu tentang jenis2 hartanah kediaman yang ada masakini.


Kategori kegunaan tanah negara boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Pertanian, Perindustrian dan Bangunan. Untuk kegunaan bangunan pula terdapat bangunan Komersil, Institusi dan komersil. Tanah berstatus kediaman hanya boleh digunakan untuk bangunan kediaman seperti banglo, semi D, rumah teres, apatmen, rumah bandar, flat dan kondominium. Hartanah Komersil pula untuk kegunaan Bangunan Komersil, hotel, pejabat dan pembangunan bercampur. Namunkini untuk memenuhi peluang era digital dan generasi baharu, pemaju mula menawarkan pembangunan atas tanah komersil yang juga menawarkan kediaman. Kediaman berstatus komersil ini mula mendapat tempat di pasaran, seperti Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SoHo), Pejabat Kecil Pejabat Fleksibel (SoFo) dan juga Pejabat Kecil Pejabat Maya (SoVo).


Biasanya hartanah komersil ini menjadi tarikan untuk generasi baru yang sering bekerja dari rumah. Ianya biasanya dekat dengan kemudahan pengangkutan awam seperti stesen LRT dan MRT. Kebanyakan status tanah di tempat sebegini adalah berstatus komersil. Oleh kerana keperluan sebegini, adalah lebih baik kediaman disediakan juga untuk keperluan wargakerja yang tidak memerlukan pejabat yang tetap.


Untuk hartanah kediaman yang berstatus komersil, pertamanya ia tidak termaktub dibawah perjanjian jual beli SPA yang dilindungi dibawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (HDA). Cuma masakini, telah ada perubahan dimana SoHo dimasukkan dibawah Akta ini. Untuk SoFo dan SoVo, Perjanjian Jual Belinya tidak termaktub dibawah akta ini. Kadar taksirannya juga lebih tinggi. Selain itu, bil letrik, pembentungan dan air kediaman komersil juga lebih tinggi sehingga boleh mencapai lebih 2 kali ganda.


Syarat pinjaman berstatus komersil memerlukan pendahuluan sebanyak 20% dan bukannya 10% seperti hartanah kediaman. Selain SoHo, hartanah kediaman komersil juga tidak membolehkan pembeli menggunakan wang KWSP2 untuk pendahuluan.


Sekiranya pembeli hartanah kediaman komersil ingin menukar status kepada kediaman, ia boleh dilakukan. Ini diperuntukkan dibawah Seksyen 124 dan 124A Kanun Tanah Negara (KTN). Namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dan ada bayaran premium untuk proses ini. Tempoh pertukarannya bergantung kepada pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dimana ia dipohon.

6. Satu lagi kekurangan Hartanah Kediaman komersil ialah ia tidak layak mendapat pengecualian cukai keuntungan hartanah (CKHT) sekiranya ianya dijual, sedangkan hartanah kediaman layak mendapatnya. Disebalik faktor2 di atas, kelebihan Kediaman Hartanah Komersil mempunyai kelebihan iaitui aktiviti komersil boleh dilakukan secara sah disitu. Ia tetap semakin menjadi perhatian dalam dunia ekonomi digital dimana pembeli inginkan kediaman dimana mereka boleh bekerja dan mendapat kemudahan awam dan perbandaran.


Paparan Utusan Malaysia 18 Sep 2023 (https://www.utusan.com.my/ekonomi/2023/09/kediaman-komersial-tingkat-kebolehpasaran-hartanah/)



Oleh: Zaky Jaafar

6 views0 comments
bottom of page