top of page
Search
Writer's pictureZaky Jaafar

Kenapa tiada rumput di tapak rumah tradisi Melayu Melaka?

Updated: Jan 14, 2022

Oleh Zaky Jaafar

12 Jan 2022


Sumber foto: fb Sham Aziz

Rumah tradisi Melayu Melaka dikenali dengan seni hiasan laman yang cantik. Namun, dahulu terdapat keanehan yang ketara. Dahulunya, kebanyakan rumah tradisi ini kawasan tapaknya hampir tiada pokok hiasan mahupun rumput yang ditanam, melainkan yang berpasu. Permukaan tanahnya tidak ditutupi rumput. Tidak seperti seni hiasan laman masakini yang permukaan tanahnya sering ditanam rumput karpet, dan sebagainya. Pokok hiasan yang hampir dengan rumah biasanya ditanam didalam pasu ataupun dikepung dengan batu. Sekeliling rumah dengan jarak 10-15 kaki biasanya dibiarkan berpasir atau pun berbatu laterit. Rumah tradisi masa kini ada yang menabur batu kerikil disekitar rumah.

Sumber: fairusmamat.com

Teringat saya sewaktu kecil menjadi tugas saya dan adik untuk mencabut rumput apabila ia mula tumbuh dalam kawasan ini. Setiap hari pula laman harus disapu untuk bersihkan daun2 kering. Bahkan terdapat seni menyapu laman berpasir ini dengan penyapu lidi yang keras, sehingga ada corak beralun ataupun bentuk kipas selepas selesai proses menyapu.


Semasa lawatan ke suatu kampung orang asli di Belum Perak, saya perasan perkara yang sama. Tiada rumput dibiarkan hidup di kawasan sekitar rumah. Saya telah bertanya kepada salah seorang penduduk dan jawapannya sangat menarik.

Sumber: www.pinterest.com/pin/607141593509405205/

Katanya ia untuk keselamatan anak2 bermain. Juga untuk penghuni rumah mudah mengawasi rumah dari dihampiri serangga dan haiwan berbisa.


Bagi saya jawapan ini cukup jelas. Teringat sewaktu kecil di kampung, kami bermain di atas pasir. Dengan adanya ruang kosong berpasir seperti ini, sekiranya ada haiwan berbisa seperti ular, kalajengking dan lipan menghampiri maka dengan mudah dilihat dan dihapuskan. Debu pasir juga sebenarnya menghalang pembiakan bakteria. Ia juga memudahkan mengesan laluan anai2.


Sekiranya terjatuh ketika bermain ia tidaklah memudaratkan berbanding permukaan konkrit atau simen.


Terfikir berapa banyak ilmu pengetahuan tradisi yang hilang kerana perubahan zaman.


(C) Zaky Jaafar 2021



847 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


bottom of page