top of page
Search
ThinkArch

Banjir: Pusat Pemindahan Sementara.

Kejadian banjir yang sering berulang akhir2 ini memaksa kita memikirkan penyelesian yang berkesan, Sekarang tidak cukup dengan beranggapan perkara begini hanya berlaku 10 tahun sekali. Ia semakin kerap, dan dengan pertambahan kepadatan dan bilangan penduduk, kadar kerosakan harta dan nyawa semakin meningkat dan berganda. Maka satu penyelesaian yang berkesan perlu difikirkan.


Antara kaedah yang digunakan ialah mewujudkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan operasi pemindahan itu sendiri. Pengajaran dari kejadian banjir besar beberapa tahunkebelakangan ini menyedarkan kepentingan pusat pemindahan sementara (PPS). Buat masa ini, dewan orang ramai dan sekolah menjadi tempat kecemasan PPS. Tapi bagaimana sekiranya tempat sebegini tidak dapat menampung bilangan penghuni ataupun ia sendiri ditenggelami banjir?


Antara kaedah yang digunakan di Jepun ialah membina pusat pemindahan sementara yang kekal di kawasan yang berisiko diancam banjir atau tsunami. Contohnya di sini ialah pusat pemindahan Tsunami di Jepun


Pusat Pemindahan Tsunami di Nagano 5-Chome, Jepun

Ia merupakan struktur kekal yang kukuh yang dibina pada paras yang dijangka selamat. Pembinaan struktur begini perlu mengambilkira keadaan kecemasan. Generator, kemah, selimut, lif untuk pengguna kerusi roda, bekalan air dsb. Juga perlu mengambil kira anggaran bilangan penghuni dan jangkamasa yang perlu.


Namun di Malaysia, kaedah ini masih belum dipraktikkan. Antara masalah yang dihadapai ialah dari segi kewajaran ekonominya. Struktur ini hanya perlu ketika banjir. Dalam keadaan sekarangn i semakin kerap dan hampir setiap tahun. Untuk berbelanja bagi pusat sebegini yang hanya digunakan setahun sekali mungkin agak tidak berbaloi. Namun sekiranya ia dibangunkan dengan konsep pelbagai guna, mungkin kaedah ini wajar diimplikasikan di kawasan yang di ancam banjir. Suatu konsep pembinaan yang ekonomi perlu difikirkan. Ia boleh menjadi dewan serbaguna, pusat pameran, acara keraian dan keramaian, pusat sukan dan sebagainya bagi menampung kewangannya.



36 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page