Sekolah pengajian senibina di Malaysia, bermula dari awal 90an telah mula menekankan senibina mapan, senibina lestari atau dalam bahasa inggerisnya "sustainable architecure". Ianya bermula dengan kesedaran di kalangan arkitek tentang perlunya industri pembinaan mengambil berat terhadap kesan pembangunan ke atas alam sekitar.
Pada awal 2000 saya telah mula menekankan aspek kelestarian dalam pengajaran studio senibina di jabatan kami. Namun saya teringat suatu komen dari seorang professor pelawat tentang hal ini.
"Kelestarian merupakan sesuatu yang sangat penting dalam senibina, namun ianya harus diterapkan sebagai dasar di dalam setiap rekabentuk, Ia bukan pilihangya rekabentuk. Melabelkan sesuatu senibina itu sebagai senbina mapan samalah seperti melabelkan pilihan rekabentuk sesuatu bangunan sebagai bangunan yang selamat. Soalnya adakah bangunan yang tidak memilih keselamatan"? Menjelang tahun 2020 kita seharusnya memastikan semua bangunan kita lestari ataupun mapan. Ianya wajib. Sehinggakan ia tak perlu dilabelkan lagi. Semua idea senibina perlu diteroka ddengan seluas mungkin, namun sekiranya ianya tidak ada ciri2 kelestarian, maka ia bukanlah senibina.
Comments